Monday 29 July 2013

Hilangkan jerawat dengan cara hidup sihat



Rebus laksa lalu disejat 
Jangan terkurang letak kuahnya 

Andai wajah dipenuhi jerawat 
kami di sini ada jalannya.....


Hehehe....sedikit coretan pantun pembuka bicara berkaitan cara menghilangkan jerawat .....


Memang tak dinafi.....bile wajah kita ditumbuhi jerawat..saya sendiri faham hati, jiwa dan perasaan korang yang sedang mengalami masalah jerawat tak kira jerawat di wajah atau di bahagian badan. Ini kerana semua orang mengalaminya apabila usia kita mencapai satu peringkat...waktu ini kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum..jadi pada mase ni la satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit yang sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Maka....Orang yang berjerawat mempunyai yang lebih banyak bakteria berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. Nama makhluk tu kalau tak silap Propionibacterium acnes...

Ramai dalam kalangan kita teringin sangat nak memiliki wajah bersih, licin dan cantik bebas daripada jerawat serta parut agar diri kita akan lebih yakin ketika berhadapan dengan orang lain.

Tidak perlu berasa malu untuk keluar berjalan-jalan dan bertemu rakan-rakan 

Motivasi anda akan terus meningkat tinggi dan mampu memberi prestasi terbaik di pejabat. 

Atau untuk anda yang masih mencari-cari teman hidup....bila jerawat dah hilang....anda akan lebih yakin untuk mendekati atau didekati sesiapa pun. Mana tahu orang yang anda minat tu bakal menjadi teman hidup anda yang boleh membahagiakan hidup anda suatu hari nanti.


InsyaAllah saya doakan.


Setiap insan lahir dalam keadaan bersih, suci dan cantik...

cuma apabila kita tidak mengawal dan mengurus diri kita dengan gaya hidup yang sihat...maka kesannya akan tercalit pada diri kita sendiri...jangan menunggu sehingga parah andai hati belum pasrah.....Fikirkan la ye....hehe


JOM MULAKAN HARI DENGAN GAYA HIDUP SIHAT...


<<<Ingin tahu cara...Klik sini..>>>

Rahsia jerawat terbongkar ..!!









Usah biarkan diri anda diselubungi .....JERAWAT... :)

Jerawat...errr....satu nama yang tidak asing lagi dan dikenali ramai. Dia akan menghinggap ke atas setiap individu tidak kira sama ada sikit atau banyak. Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur korang 12-16 tahun.Pada peringkat ini,mesti korang tengah kalut cam ne la cara hilangkan jerawat nie...aduuuss..

tak kenal maka tak cinta...mari kita tau bagaimana jerawat terjadi...masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.


Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Hari-hari mendatang terpaksa ditempuhi dengan hati yang berat dan langsung tiada keceriaan dalam hidup. Nak tak nak, anda terpaksa teruskan juga kehidupan dengan penuh tabah dan kesabaran.
Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu korang elak..
Yang perlu dilakukan :
* Hindari makan makanan berminyak
* Hindari stress yang berlebihan
* Menjaga kebersihan kulit ,cuci muka dengan air hangat* Hindari memencet mencet jerawat atau mengeluarkan mata jerawat dengan paksa karena akan menambah parah peradangan